Berita Terkini.

Saturday, June 26, 2010

MARKA YANG AYU...

Aku mula-mula berjinak2 dgn forex selepas berkenalan dengan sorang gadis remaja yang aku panggil marka, tiba-tiba jer dia datang dalam hidup aku, hidupku yang kesepian sekarang sudah berteman, tiap hari mengadap dia...merenung mukanya yang pelik bangat, aku belajar mengenal raut muka gadis ini bepurnama-purnama lamanya. Sampai sekarang masih tak teramal lagi tiunan temperamennya. Macam-macam petua metoda aku guna pakai dari lirik matanya kemana arah, lenggang tanganya sampailah lempar dadu pon aku try. Tapi semua gagal.

Dalam dok mengorat cik Marka ni, ada plak aweks yang menggoda namanya Cik Marginah,berkali2 jugaklah dia paksa aku kuar dating ngan dia, rupanya dia ni punya habit yang ganas amat, jenis pisau cukur pdg samurai kaki pukol dan yg sepesyen dgnya lah...walaupun aku berkubu dalam kalimah kalau virus haloba dah bersarang, kesarang jugak baliknya.Aku pun teringat pesanan orang tua2, kalau nak tengok kecantikan seseorang jangan ditilik pada semata2 raut wajah, mulai tengok dari kaki perlahan-lahan naik keatas samapi kewajah, barulahlah kamu boleh bertindak lanjut...

Pahamlah aku..untuk menguasai ilmu forex ni mesti bermula dari bawah, mana2 ilmu pun basic amat penting, biarlah orang-orangan bercakap setinggi langit pun, tanpa sigai tak tercapai ceiling...barulah sekarang bermulanya episod berkenalan dengan marka yg tiba2 datang atau nama penuhnya MarkaYgTiba @ Marketiva :)

No comments:

Post a Comment