Berita Terkini.

Wednesday, June 30, 2010

APA ITU PERDAGANGAN FOREX?

FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Valuta Asing (Bursa Valas)
merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu
negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasaran matawang utama
di dunia selama 24 jam secara berterusan (lihat trading hours).

Pergerakan pasaran Forex dibuka dengan pasaran New Zealand & Australia yang
bermula pada pukul 05.00–14.00 WIB, terus ke pasar Asia iaitu Jepun, Singapura &
Hongkong yang bermula pada pukul 07.00–16.00 WIB, kemudian diikuti dengan pasaran
Eropah iaitu Jerman & UK yang bermula pada pukul 13.00–22.00 WIB, disusuli dengan
pasaran Amerika yang berlangsung pada pukul 20.30–10.30 WIB. Dalam perkembangan
sejarahnya, bank central yang dimiliki oleh negara-negara matawang asing yang terbesar
sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas.

Menurut survey BIS (Bank International for Settlement – bank central dunia), yang
dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari
USD$1.4 Trillion sehari.
Dengan demikian, prospek pelaburan angan forex adalah sangat bagus.

Berdasarkan kepada kecairan dan keaktifan pergerakan harga yang tinggi tersebut,
FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular karena ROI (Return On
Investment atau kembalinya nilai pelaburan yang telah kita tanam) serta profit yang akan
diperolehi melebihi dari nilai perdagangan pada umumnya (secara purata return berkisar
lebih dari 5% - 10% sebulan, malah boleh mencapai lebih dari 100% sebulannya untuk
professional trader). Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga berisiko
tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengaturan dan
pengurusan kewangan dengan baik dan bijak.

Matawang yang banyak diperdagangkan adalah Dollar Amerika, Poundsterling, Euro,
Yen, Franc Swiss, Dollar Australia, Dollar Canada, dan Dollar New Zealand.

Simbol Mata Wang Keterangan
  1. EUR / USD Euro terhadap US Dollar
  2. GBP / USD Poundsterling terhadap US Dollar
  3. USD / JPY US Dollar terhadap Yen
  4. USD / CHF US Dollar terhadap Franc Swiss
  5. USD / CAD US Dollar terhadap Dollar Kanada
  6. AUD / USD Australia Dollar terhadap US Dollar
  7. NZD / USD New Zealand Dollar terhadap US Dollar

No comments:

Post a Comment