Berita Terkini.

Friday, July 23, 2010

FA EURUSD Hari Jumaat 230710

Bismillah...

Dua berita direlease sangat menyokong penguatan terhadap matawang dollar amerika dan dibantu oleh kenaikan bursa saham tokyo juga sedikit sebanyak mempengaruhi pertambahan nilai belian usd hingga menyebabkan dollar mengukuh.

Pertempuran antara buyer dan seller tidak terhenti setakat itu sahaja, sistem kapitalis ini akan meneruskan perjuangan untuk cuba mendominasi dengan apa cara sekalipun. Spekulasi dari news mampu melemahkan pasaran sehingga sekarang dilihat pasaran matawang dunia bergerak lembab. Semua dalam keadaan berwaspada menanti berita besar yang akan di umum.



Diwaktu-waktu sebegini aku perlu waspada dari buat OP kerana market masih tidak tahu kemana lagi hala tuju. Walaupun melihatkan kekuatan USD dan YEN pada masa sekarang mampu menghentak EUR agar meneruskan misi kecundanganya namun tiada siapa yang mampu memastikan apa yang akan terjadi walaucuma sedetik dihadapan.

Aku cuma menganalisa dgn teknikal sedikit utk mengasah bakat dalam demo....ehehehe
segala analisa aku letak di blog sebelah. panahijau.blogspot.com.

SUMBER NEWS FOREX PEBERET AKU

Bismillah...

Alhamdulillah, walaupun aku lemah bahse inggeris, tapi zeki aku jumpa website bahse Indonesia menyemarakkan lagi perasaan ingin mendalamai faktor news terhadap naik-turunya matawang dunia. Sesiapa yang dapat memahami BI dengan baik ini adalah anugerah dan kelebihan kurniaan Allah yang wajib syukuri, bagi aku pula kelemahan ini bukanlah batu penghalang atau dinding penghadang untuk belajar seperti orang lain. Kalau takleh bi kita cari sumberLoghat Malay.

Betapa ramai orang yang terre bi dan paham economic news tapi tak tahu nak guna, betapa ramai orang yang tak terre bi dan tak paham istilah ekonomi cuba nak guna tapi tak pandai, salah sorangnyer aku leeeer :(.

Okey..aku selalunya tengok berita dari vibiznews.com . Dgn menggunakan bi (bahasa Indonesia) sebagai bahasa pengantar agak mudah untuk aku faham dan membuat kesimpulan untuk aku guna pakai sewaktu menganalisa matawang dunia. Setakat ni, website ini sahaja yang aku suka.

Selain forexfactory yang amat masyur aku juga menjengok lama web fxstreet.com . Dan actionforex.com . Biasanya aku tengok utk buat perbandingan dgn analisa yg aku buat. Terkadang aku jengok mataf. net nak tengok strateginya.

Fundamental analisis ni sangat penting di ketahui lebih-lebih lagi bagi yang suka memprediksi pergerakan market untuk jangka masa panjang, aku yang cuma pandai scalping ala2 budu ni guna FA sebagai penyedap rasa time cicah budu. Budu ni kalau ada tempoyok pahtu peroh limau kerat lete pulok gak, kerenyek lado usfus...perkkh, menyengeet-nyenget time makan, nokwak gapo mugo terpetaq atas lado burung...nyor nyengeet lah booh.

Adeeeh...aku dah tersasau dah, tiba-tiba je masuk dalam tajuk budu pula, sebenarnya kaedah scalping ni semua orang tahu, bila bahan dah cukup dan resepi pun comel loter kita cuma perlu amik sikit-sikit. Betul2 macam budu, kena cicah sikit-sikit baru syoooook..:)

Dah...cukup daah, mkn lama mkin tersasar pulak post hari ni.

Tuesday, July 20, 2010

Maksud Producer Price Index / PPI

Bismillah...aku ni mmg lemau sgt nak paham BI, tapi cubalah try trading waktu news ni. Dari maklumat yg aku cari tentang PPI aku dapati maksudnya begini.

Producer Price Index / PPI

Adalah sekumpulan indeks yang menghitung tingkat perubahan harga jual barang dan jasa pada periode waktu tertentu yang diterima oleh para produsen domestik. Singkatnya, PPI mengukur tingkat perubahan harga dari perspektif penjual. Tidak sebagus CPI dalam mengindikasi tekanan inflasi. Tetapi karena memasukkan komponen barang-barang yang sedang dalam proses produksi, PPI seringkali dapat sekaligus memperkirakan CPI.

15. Producer Price Index (PPI) sumber

Definisi:

PPI mengukur purata harga bagi 'fixed basket of capital' dan barangan pengguna di peringkat borong. Ada 3 struktur penerbitan utama untuk PPI: industri; komoditi dan peringkat pembuatan.

Kepentingan:

Ia penting untuk monitor PPI tidak termasuk harga makanan dan tenaga untuk kestabilan bulanan. Ini dirujuk sebagai "core PPI" dan memberi satu gambaran jelas yang mendasari tren inflasi.

Perubahan dalam core PPI dipertimbangkan sebagi perintis bagi inflasi harga pengguna. Tekanan inflasi terhasil bila post "core PPI" lebih besar daripada gain yang dijangka.

Sumber:

Bureau of Labor Statistics, U.S. Department of Labor.

Availability:

Sekitar 11hb setiap bulan pada 8.30am ET. Data berdasarkan bulan sebelumnya.

Revisi:

Data 3 bulan sebelumnya di semak secara bulanan untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap. Faktor ubahsuai musim baru diperkenalkan pada bulan Februari. Revisi ini mempengaruhi sekurangnya nilai data 5 tahun. Significantnya adalah kecil.

Raw Data:

http://stats.bls.gov/news.release/ppi.toc.htm

Tuesday, July 13, 2010

KORELASI PAIR MATAWANG.


Currency Pair Correlation

=====================

Setiap benda Allah s.w.t jadikan berpasangan dan berlawanan, ada putih mesti ada hitam, tua muda besar kecil dan silakan dianalogi sendiri. Begitu juga hal berlawanan samaada dari segi sifat dan tingkah laku juga melambangkan kesempurnaan ciptaan ilahi, ada yang comel lote akasnya hudoh bengee...jahat baik biasa bersilih ganti dalam diri kita sendiri dan macam-macam lagilah.

Dari skop ilmu keforexan korelasi atau correlatian ini memang antara silibus yang wajib kita tahu, ianya sangat penting bagi setiap trader dan analyser sebagai panduan untuk menganalisa pair tertentu. Ianya asas untuk lebih mengenali habit sesuatu currency.

Secara mudahnya sila perhatikan pair currency...

GBP/usd dan EUR/usd misalnya. Tidakkah gbp & eur sama2 digandingkan dengan usd. Kalau gbp dan eur dalam waktu yg sama grafiknya naik, artinya usd sedang lemah.

EUR/usd dan usd/CHF usd dipasangkan terbalik antara eur & chf. kalau grafik keduanya berlawanan arah dalam saat yang bersamaan, maka ini adalah pergerakan usd yang sebenar.

Tetapi misalkan EUR/usd naik, usd/JPY turun, usd/CHF turun, GBP/usd turun maka usd kita anggap weak. EUR sangat kuat, dan GBP sangat lemah, sehingga GBP ketarik sama EUR di pair EUR/GBP.

sumber

Thursday, July 8, 2010

MUNGKINKAH MALAYSIA AKAN BANGKRUP..?

Keadaan ekonomi dunia dengan sistem kapitalis yang diamalkan semakin memakan diri, ibarat bisul bermata songsang sedikit demi sedikit menjalar keseluruh tubuh penganut kapitalisma antara sedar ataupun tidak, ianya tidak semudah melumur lendir nyior tumboh dengan akar rumput sambau sebagai penawar, Malaysia dengan Wawasan 2020nya mungkinkah menjadi reality atau cuma fantasi, masinkah nanti mulut Tun Dr. Mahathir yang terpahat namanya sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia"...?

Melihat keadaan negaraku yang tercinta dengan korupsi yang berleluasa, penirisan dana-dana kerajaan dan sosiopolitik yang tidak menentu akan melemahkan sistem antibody atau antijasad didalam jasad. Begitu juga sesebuah kerajaan, negara ini ibarat sekujur tubuh, jika sakit sebahagian yang lain turut akan terasa, jika sudah berpenyakit struktur badan sudah gagal berfungsi dengan baik maka mudahlah penyakit lain akan menjangkiti.

Suka aku menyalin kembali tulisan saudara Hishamudin Rais di blog Malaysiakini tentang fenomena yang berlaku di dunia dan keterhubungkaitanya dengan negaraku tercinta ini. Malaysia Oh tanahairku........

Menembak mati si pembawa berita


Hishamuddin Rais Jul 5, 10 11:08am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur.

Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin.

Susuk ini seorang birokrat. Justeru, apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan 'huh hah huh hah' dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala.

Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisis untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini.

Pandangan Idris Jalan ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai.

Ramai di antara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud.

Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atau tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu.

Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti 'Puncak Minyak – Peak Oil' telah melintasi Malaysia.

Sa

ya telah menulis banyak tentang 'Puncak Minyak' dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak.

Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari.

Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap?

Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambung-kait -- fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan rasmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi.

Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini -- menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita.

Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu di mana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat.

Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis pada zaman 'depression' atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Sejak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank.

Se
sudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dolar.

Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan hedge fund jatuh muflis.

Tidak cukup dengan ini timbul pula masalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

"Seorang 'mamat' telah dilanggar kereta, apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari 'tuan doktor' tak jumpa-jumpa kerana semua 'tuan doktor' telah membunuh diri."

Metafora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat d
an baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini.

Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor.

Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguhkan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama melimpah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat -dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini.

Di Eropah, negara pertama yang jadikan 'tikus percubaan' ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga.

Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar 'berjimat cermat' ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi 'overtime', tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran peubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan.

Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila 'berjimat cermat' ini diajukan jawapan rakyat Greece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai.

Malah
diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kisah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara mencadangkan ajenda 'berjimat cermat' dan 'mengikat perut'. 'Menteri Telur dan Gula' - Datuk Seri Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan ditarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit yang digunakan untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara.

S
uara suara sumbang menyokong langkah 'berjimat cermat' ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah agenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara.

Mengikut sifir IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sihat untuk perkembangan ekonomi. Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran.

Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau 'free trade'.

Idris
Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada di atas mejanya.

Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bon yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta memperdayakan orang ramai.



sumber. malaysiakini

Wednesday, July 7, 2010

TEKNIK 3 (BREAKOUT ALA PPH 1)

Minggu ni aku berazam mahu mencari informasi tentang teknik breakout, teknik yang amat sesuai untuk newbie macam aku, memang berbagai cara analisa yang dibuat trader yang tujuanya nak mencari keserasian, jiwa keinginan dan perasaan seseorang tidak sama, ada yang suka ala-ala abstrak memenuhi chart, ada yg simple2 je dan ada yang bogel habis, terpulanglah pada diri sendiri. Macam aku yg newbie ni nak cuba try test seadanya sambil mencari titik permulaan mencipta style analisa aku sendiri. Walaupun masih teraba2 tapi insyaAllah ..Allah bersama orang2 yang bersabar, sabar...sabar..sabarlah dalam mencari maklumat semoga kita diiktiraf sebagai orang yang berilmu.

Dalam meronda-ronda di alam maya, tiba-tiba terserempak dengan satu forum forex melayu di nogold.com, forum yang tersohor jugaklah dialam maya melayu ni, satu system breakout oleh master bro PenagihPipsHijau, teknik dan stylenya agak sama dengan yang diajar Master JGV100 TEKNIK CSR100 - "Trade with the Trend" di carigold.com. Aku tak sempat khatam lagi teknik CRS100 ni pasal banyak sangat, nengokkan begitu ramai follower dia aku yakin ilmu beliau tersangatlah berkat,. Ya...keberkatan ilmu yang kita cari, dia takder kenakan bayaran sebab ilmu itu memang tak ternilai, tak boleh dinilaikan dgn mata wang. Sbb semua ilmu itu milik Allah s.w.t.

Okey...tanpa memanjangkan mukoddimah aku teruskan dengan posting ini dari tajuk "Kelas Percuma Penagih pip Hijau (Breakout) untuk newbie". Aku cuma copy paste jer segala tulisan dia bulat2, kalau nak rujuk sila ke thread asal disini. klik here.

Kelas Percuma Penagih pip Hijau (Breakout) untuk newbie

Salam

Penagih bukak thread ni untuk sesiapa tambah ilmu. Bak kata orang biarlah belajar sampai negeri china. Sekurang-kurangnya takdelah kita terlopong bila orang bercerita pasal forex. Dalam forex ni kadang kita tak perasaan daripada chart kosong sahaja, kita boleh agak ke mana arah market (tetapi bukan betul pun 100%).

Cuma pattern dia sama. Sejarah forex yang bukti kan, bukan saya. Kalau saya yang buktikan, dah kaya dah saya ni. Mungkin ramai yang tengok chart hari-hari tapi berapa ramai yang perasaan rahsia forex menggunakan teknik breakout? Teknik dia simple je. Mari Penagih terangkan. Cuba Kita lihat chart kosong ni. Apa yang kita nampak?

Mungkin ramai yang tertanya, apa yang ada pada chart kosong? yang nampak market turun naik. Lepas tu yang nampak tinggi rendah. Kalau suruh trade pakai chart kosong rasanya esok pun dah kena margin call.

Terjebak dalam float atau menahan kerugian.
Disini penagih tekan kenapa ramai yang terjebak dalam float (Menahan Kerugian). Sebab apa? Sebab trader suka cari reversal (dah cerita kat thread sebelah) dan High/Low. Tak salah kita cari hi dan low tapi jangan seseali cari reversal. Sebab apa? sebab hi dan lo boleh membantu kita untuk menjana profit. Jom kita tengok chart yang ni pulak.


Bagaimana indicator menipu kita..?
Rasanya ramai yang pernah nampak indicator ni. Tapi banyak yang tertipu dengan indicator ni juga termasuk penagih masa mula-mula guna indicator ni. Sebab penagih ingat indicator ni boleh jana profit. Nampak saja hi, terus masuk post sell, begitu juga lo, terus masuk post buy.

Rupa-rupanya indicator ini repaint(false signal). Inicator ni selalu berubah-rubah mengikut pergerakkan candlestick sehingga sampai pada low terendah/ hight tertinggi. Rasanya ramai yang pernah buat macam penagih buat. Last-last salahkan indi jugak sebab asyik loss je. Rupa-rupanya kita masih tak faham lagi tujuan indicator ni.
Apa tujuan sebenarnya indikator ini....??
Tapi berapa ramai yang faham mengenai indicator ini? Apa tujuan indicator ni? untuk reversal ke? Penagih kata jangan cari reversal tapi untuk apa tujuan indicator ni? Sebenarnya penagih hanya buat tanda sebagai hi dan low sahaja.

Anda boleh guna apa sahaja untuk tandakan paras hi dan low.



next page.......

TEKNIK 3 (BREAKOUT ALA PPH 2)

Apa kegunaan HI LOW..?
Sekarang mari kita tengok apa guna hi low tersebut. Tapi ingat pesan penagih "Jangan gunakan untuk cari reversal". Sejarah membuktikan bahawa patern dalam forex adalah sama. Cuba tengok gmbar di bawah

Apabila sesuatu high tertinggi terbentuk, maka akan ada pula low terendah akan terjadi. candlestick (cs) akan mula cuba untuk memecahkan hi tertinggi sebelumnya. Tetapi masih tidak berjaya, maka candlestick akan cuba pula untuk memecah kan low sebelumnya.

Tetapi masih tidak berjaya, maka candlestick selalunya akan berjaya memecahkan hi tertinggi sebelumnya.

Ringkasan :
Kalau cs tidak dapat memecahkan hi tertinggi sebelumnya, dia akan cuba pecahkan low yg terendah sebelumnya. Jika tidak berjaya juga, maka dia akan pecahkan hi tertinggi semula.

Selalunya candlestick akan berjaya memecahkan hi/low tertinggi/terendah sebelumnya.



cuba lihat gambarrajah dibawah ini



Tapi apa tujuan hi dan lo tersebut? Kalau bukan untuk reversal? untuk apa pula? supaya kita boleh mengagak sejauh mana market hendak pergi dan kita masih boleh memegang keuntungan.



Tetapi kebanyakkan trader silap, mereka menggunakan indicator hi lo tersebut untuk membuat spekulasi bila berlakunya reversal.

cuba lihat contoh yang kedua.



Konsep yang sama dan pattern yang sama. Tapi berapa orang kah yang nampak pattern ini? Ada yang setahun main forex pun tapi masih tak jumpa pattern ni walaupun kita hari-hari pandang graf forex ni. Sejarah yang membuktikan pattern ni. Bukan saya. So dapatlah kita menjana keuntungan sedikit lepas tu bolehla belanja penagih KFC ke pizza hut ke.

Gunalah 10% sahaja daripada margin anda. So harap dapat membantu trader-trader semua. Semua ada depan mata. Ramai yang dah pernah guna kan tapi tak tahu rahsia disebaliknya. So salah siapa? Salah diri sendiri.

158 pun dah cukup, 1 pip 1usd..dah 158usd.. ikutlah kemampuan diri sendiri. Biar berjaya perlahan-lahan asalkan terus berjaya daripada berjaya hari ini, esok bersara dari forex.

Jumpa lagi dalam thread yang lain.

Byeeeeeee

SOAL-JAWAB BREAKOUT ALA PPH

Soalan 1
Quote Originally Posted by joker View Post
apa yg aku paham dari kenyataan ni, kalau dia naik tak lepas high hari jumaat, maka marilah kita sell beramai2.. kan ke gitu PPH?
yup... tiap hari tu ler keja nyaa... pair lain bole try dulu... tapi aku memang trade GU je..

Soalan 2
Quote Originally Posted by hairulbab View Post
sifu...penagih ,saya budak baru nak tanya ....cara PPh nei
sesuai digunekan TF berapa yek ? yg sifu pakai H1, kalau pakai TF lain leh ke lagi satu pair GU je ke sifu yg boleh
gune teknik nei ? soli sifu byk tanya...nak blaja
apa-apa tf pun boleh. Trend wujud di mana-mana tf sekali pun. saya lebih suka h1, sebab banyak masa boleh terluang berbanding tf yang kecil-kecil. Ikut yang serasi dengan anda.

Soalan 3
Quote Originally Posted by noorshah View Post
pada pendapat aku sistem brakeout ni kita patut arif tentang cs..contoh (uptrand) cs tinggalkan upper shadow ,brakeout line dan turun ..tu masih belum brakeout ..kecuali body cs betul2 brake the line n contineu the next cs...baru leh masuk trade..tul tak PPH..

apa2 salah tolong perbetulkan..saya budak nak belajar..
dua-dua pun boleh sebab anda masih dalam keadaan profit sebab anda trade di permulaan trend. Kalau dia reverse sekali pun.. anda masih ada profit. Berapa banyak profit terpulang kepada anda sendiri. Banyakkan guna demo dulu.

Soalan 4
Quote Originally Posted by NarutoKun View Post
PPH..mcm mane nk tau yg signal dah xrepaint..
waktu bile yg sesuai bile signal dah kuar?
aku takut repaint je..tu yg lomah tu..
Cari indicator yang x repaint, contothnya brain, cci adalah indictor yang tak repaint. Saya cuma buat penanda sahaja. Memang dia akan berubah. Sebab tu saya confirm dengan trend. Selagi tiada pertukaran trend beerti dia masih boleh membuat new low atau new hi lagi.

Soalan 5
Quote Originally Posted by flizzoe View Post
PPH,

bila buka pos, lepas break kat trendline atau lepas break hi/lo?

kalau dia tak break hi/lo sebelumnya, kalau dah ada pos, kita close je la kan? sebab dia akan break lo/hi yang seterusnya. betul tak?:confused::confused:
masuk post selepas break trendline, bukan selepas break hi lo. Itu gantung diri namanya. Kalau dia x break hi..kita close la post tu..bukak post sell baru..maknanya kita tau dia akan break low sebelumnya. Cuba tengok graf tu sebelum-sebelum ni.

Soalan 6
Quote Originally Posted by mynor5535101 View Post
Kenapa tak entry kat candle stick hammer kat bawah tu?
Sebab kita mana tahu market hendek kemana. cs reversal belum tentu boleh berlaku pertukaran trend. Mungkin cs reversal itu untuk retracement atau correction. Ramai org menyangkakan bahawa bila jumpa cs reversal maka market atau bertukar arah.

Kalau setiap kali jumpa reversal, dah tentu ramai yang kaya dalam forex ni. Bila saya nampak sahaja hammer, saya terus masuk post lawan arah. Sebab apa? Sebab ramai yang ajar macam tu, bila jumpa reversal sahaja mesti pasang post lawan arah.

Saya pun macam saudara juga dulu. asal jumpa reversal mula sangka market nak tukar arah. Sebab apa? sebab kalau boleh saya nak dapat untung dari awal. Saya rasa 95% guna konsep yang sama. Bila dah masuk post, tiba-tiba reversal tak jadi, cs reversal pulak dipersalahkan.

Saya guna reversal untuk tutup profit saya atau hold profit saya. Bila saya dah untung, saya tunggu next trend. So trade saya lebih selamat. Daripada kejap saya untung, kejap saya rugi..silap-silap rugi terus.

Soalan 7
Quote Originally Posted by mynor5535101 View Post
Macam mana kau kira HIGH tu.......Aku nampak banyak candle yg tonjol ke atas ..itu and tak kira HIGH ke? Atau pun daily high & low......sebab saya biasa guna daily High& Low aje..
Itu high dan low, saya guna indicator zizzag pointer. Indicator tu repaint. Saudara boleh cuba apa-apa sahaja untuk tentukan hi dan low. Syaa lagi senang guna indicator.

Soalan 8
Quote Originally Posted by 4u2see View Post
sifu PPH sy ada soalan nk tanya..

Jk CS tak dpt melepasi high tertinggi sblmnya, dia akan turun lebih rendah dr lo sblmnya.
Tp jk CS tak dpt melepasi low sblmnya itu,adakah dia akan naik lebih tinggi dr high yg pertama dia tak dpt lepasi td?? tQ..
Selalunya macam tu. Kalau kurang yakin, cuba guna chart kosong, tgk pergerakkan hi lo pada yang lepas-lepas. Sejarah yang tunjuk pergerakkan macam tu. Bukan saya yang tunjuk. Patternnya kebanyakkan sama.

Soalan 9
Originally Posted by redha79 View Post
Salam semua warga NG especially PPH...

Menarik tajuk ni n dari segi keberkesanan menggunakan TL and channel ni memang diakui ramai... So minta pandangan dari PPH dan lain2 macam mana nak filter false breakout pada hi/lo or pada TL... Coz kekadang CS just cuma nak test SnR or TL... dan selalunya kita tertipu dgn false breakout ni, huhuhu....
Cuba tgk daily range dia..satu hari berpa byk pips dia boleh pegi..tgk OB and OS level dia..
let say dia nk break resistance..tp back out maybe sebab dah OB, dah byk naik utk haritu..
so..maybe dia jatuh dulu.....but esok dia cuba attacl lagi resistance tu..



Sekian....
TEKNIK 3 (BREAKOUT ALA PPH 1) & (BREAKOUT ALA PPH 1)

Tuesday, July 6, 2010

CARA KENAL TREND DGN PIVOT POINT


Mohon petunjuknya dong bagi yang bermain forex bagaimana menentukan trend apakah itu turun atau naik ?
kalo ada yg punya link indikator buat tren juga boleh.. biggrin.gif
thankss...


Untuk short term, cukup pakai pivot harian. Harga yang berada di atas pivot harian berarti trendnya naik dan jika dibawah pivot berarti turun. Bisa digabungkan dengan Parabolic sar di timeframe yang lebih besar (H4 dan D1)

Sedangkan trend besar (long term) bisa menggunakan garis trend, buat saja garis pada titik2 pantulan (harga berbalik, atau high-low harian) dan jika berada diatas garis trend maka trendnya naik dan sebaliknya, konfirmasi dengan garis MA dgn period yang lebih lama (seperti EMA50, SMA100 dan SMA200)

Monday, July 5, 2010

TEKNIK 2 (BREAKOUT PIPSMONSTER)

Teknik ini aku dapat dari forum espresi, tulisan bro PipsMonster, dia modified dari teknik big dog trader breakout strategy waktu malam utk digunapakai waktu siang. Lebih kurang macam yang aku biasa pakai jugaklah, tapi style breakout aku tu yang selalu aku guna tu memang bahaya sbb aku modified dari GreedyStyleVII.

Teknik Bro ni boleh dikatakan teknik breakout Asian Hi Low, so bagaimana caranya.

1) ok ada beberapa perkara penting yg kena di modified kat MT4 anda... takde laa terlalu sukar... mudah je... 2-3 post pun dah siap... ok mula2 anda sumer perlu buka satu chart baru dan letakkan dua vertical line kat chart iaitu pada pukul 0000 (5pagi waktu malaysia) dan 0800 (2ptg waktu Malaysia)... boleh gunakan broker contohnya insta, uwcfx.. etc.. kadang2 waktu kat broker time ni tak sama di antara satu sama lain... so pandai la memilih k.



2. ok seterusnya modified kan fibo retracement... cara nya mudah... right click kat fibo lepas tu klik fibo properties spt gambar di bawah...



3. lepas tu editkan fibo level kepada

level= 0, properties= breakout enter (%$)
level= 1, properties= breakout enter (%$)
level= 1.272, properties= take profit (%$)
level= -0272, properties= take profit (%$)

rujuk gambar di bawah



4. Seterusnya...letakkan fibo tersebut pada candle tertinggi dan terendah di atara vertical line tadi...
rujuk gambar dibawah...



Bagaimana nak OP..?

ok masa untuk trade plak... setup dah buat... apa lagi kita belajar cam ne nak trade plak... biasanya saya akan tambah kan AO utk tengok trend... tak letak pun tak pe... trade at ur own risk... duduk siap2 depan pc pukul 2.30 petang, sebab masa tu dah complete hi dan low utk breakout ni... jadi masa tu anda akan letak 2 jenis pending order( kita tengok sapa yg kena)... letak PO buy stop dan sell stop ikut enter breakout yg di beri... masa PO jgn lupa letakkan expired kat PO anda pada pkl 1600 waktu broker atau pkl 10 malam waktu malaysia (utk mengelakkan false breakout)... then bole tutup PC anda... buat keja macam biasa... TP letak ikut yg dah sedia ada atau ambik jalan selamat 10pip je.. terpulang... ikut ketamakan masing2. SL biasa saya tak letak( terus terang saya katakan.. kalo nak letak SL=70-80pip dah cukup... kalo ikut TP yg sedia ada tak menentu... kekadang 10pip, 20pip 30pip... bergantung kepada hi dan low hari tu... wokkeh selamat mencuba... kalo ada apa2 bole tanya...

note :
TF yang digunakan adalah TF30... pair yg dicadangkan GU, EU, GJ...

kalo rezeki ada bole makan atas bawah...sila tgk gambor.



Sesi Soal jawab di forum.....

Soalan 1

Originally Posted by Leo View Post
teknik ni bley main setiap hari ke bro?
n tempat nak letak vertical line tu same ke setiap pair?
yup... tiap hari tu ler keja nyaa... pair lain bole try dulu... tapi aku memang trade GU je..

Soalan 2...

Quote:
Originally Posted by fibosta3 View Post
salam sifuk. mekaseh berkongsi teknik ni. yang ni modified hilo asian breakout kan? aku perasan vertical line tu dlm area asean session. seingat aku pernah belaja dulu kat mana ntah pasang po tu kene jarak 10 pip dari breakout la. aku belaja je tapi aku x guna pun sebab po low sl high. ngeri aku sl besar2 ni. bigdog breakout cemana plak ye x penah dgr den.
ntah ler bro... modified ke? aku modified dari bigdog style... bigdog sama gak... tapi sebelah malam... aku tengok sebelah malam kurang untung nya berbanding petang... bila aku kaji balik petang ni paling cantik utk breakout... nak tau big dog try search kat tsd-forex... pasal SL plak, sebanarnya bagi aku kalo pandai jaga MM guna apa cara pun profit. keserasian je lagi...

Soalan 3:

Quote:
Originally Posted by Leo View Post
masta... broker insta buka kul 6... so nak letak vertical line tu kat 0000 gak ke?
yup.. betul bro... kena tengok ada 8 jam semua sblm pkl 2 petang

Tamat... rujukannya sini deh.