Berita Terkini.

Wednesday, June 30, 2010

KeHARUSAN Forex dari KODANA

Aku jumpa macam-macam pendapat tentang forex ni, ada yang kata haram dan ada yang kata harus, kalau nak kaji pasal halal haram ni aku tak tahu sangat, tapi insyaAllah aku akan cari bahan kajian sikit2, sesambil belajar trading slow-slow kenalah mantapkan dalil tentang keharusan forex.

Sebagai rujukan aku jugak nanti ini salinan dari artikel oleh Panel Penasihat Sharie Kodana Berhad, semoga dapat menenangkan jiwa-jiwa pentrader tegar yg bertajuk :
Forex Tidak Bercangggah dgn Islam.

APA ITU PERDAGANGAN FOREX?

FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Valuta Asing (Bursa Valas)
merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu
negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasaran matawang utama
di dunia selama 24 jam secara berterusan (lihat trading hours).

Pergerakan pasaran Forex dibuka dengan pasaran New Zealand & Australia yang
bermula pada pukul 05.00–14.00 WIB, terus ke pasar Asia iaitu Jepun, Singapura &
Hongkong yang bermula pada pukul 07.00–16.00 WIB, kemudian diikuti dengan pasaran
Eropah iaitu Jerman & UK yang bermula pada pukul 13.00–22.00 WIB, disusuli dengan
pasaran Amerika yang berlangsung pada pukul 20.30–10.30 WIB. Dalam perkembangan
sejarahnya, bank central yang dimiliki oleh negara-negara matawang asing yang terbesar
sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas.

Menurut survey BIS (Bank International for Settlement – bank central dunia), yang
dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari
USD$1.4 Trillion sehari.
Dengan demikian, prospek pelaburan angan forex adalah sangat bagus.

Berdasarkan kepada kecairan dan keaktifan pergerakan harga yang tinggi tersebut,
FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular karena ROI (Return On
Investment atau kembalinya nilai pelaburan yang telah kita tanam) serta profit yang akan
diperolehi melebihi dari nilai perdagangan pada umumnya (secara purata return berkisar
lebih dari 5% - 10% sebulan, malah boleh mencapai lebih dari 100% sebulannya untuk
professional trader). Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga berisiko
tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengaturan dan
pengurusan kewangan dengan baik dan bijak.

Matawang yang banyak diperdagangkan adalah Dollar Amerika, Poundsterling, Euro,
Yen, Franc Swiss, Dollar Australia, Dollar Canada, dan Dollar New Zealand.

Simbol Mata Wang Keterangan
  1. EUR / USD Euro terhadap US Dollar
  2. GBP / USD Poundsterling terhadap US Dollar
  3. USD / JPY US Dollar terhadap Yen
  4. USD / CHF US Dollar terhadap Franc Swiss
  5. USD / CAD US Dollar terhadap Dollar Kanada
  6. AUD / USD Australia Dollar terhadap US Dollar
  7. NZD / USD New Zealand Dollar terhadap US Dollar

Sunday, June 27, 2010

BERSAHABAT DENGAN TREND 1

The Trend is your Friend Istilah ini sangat mashur dalam benak neuron para trader, macam aku jugak...dah tahu yang pertama2 sebelom OP kena tahu arah aliran market, samaada arah aliran meningkat (UpTrend) atau aliran menurun (DownTrend) ataupun mendatar (Sideways juga dikenali sebagai "Flat Market").

Trend Market ni kalau diibaratkan sama macam Iman seseorang, sebagaimana seingat aku Nabi s.a.w ada bersabda "Iman itu bertambah dan berkurang" Bertambah bolehlah kita katakan menaik atau uptrend, menurun pula sebaliknyalah merudown. Setiap benda yang dilakukan hanya bertujuan untuk diingati..maksud aku semua yang Allah takdirkan pada kita hakikatnya agar kita mengingatiNya, juga pada trading...analogikan Up Down ini utk kita-kita.

Seseorang analyser Pro amat jarang tersalah dalam menanalisa, jika tersalah pun semua kesalahan akan diinterpretasikan positif, sebagai batu lonjakan menambah momentum. Begitu halnya dgn iman kita, dosa noda dan kesalahan kita pasti lakukan wajib kita muhasabah dan bertaubat.

Trend Market mengajar kita menganalisa dan memuhasabah diri sendiri agar lebih cenderung mengenal diri sebenar diri, Uptrend melambangkan ketingkatan keimanan yang wajib kita syukuri dan downtrend adalah lambang kemunduran takat keimanan yang wajib kita hindari.

Sebelum menganalisa trending ....Sila tanya diri kita...apakah dan kemanakah arah aliran keimanan kita..? Uptrend or Downtrend...! Jika iman kita selalu uptrend maka berbahagialah sebab kita bersama golongan para kekasih-kekasih Allah dan sebaliknya, persoalan...golongan manakah yang keimanan mereka sentiasa di arus aliran mendatar atau sideways..? Siapa yang boleh jawab :)

Okey....kenapa kita harus bersahabat dengan Trend, bukan bermusuh tapi bersahabat, seseorang yang kita tidak kenali wajarkah kita bermusuh..? Tidak bukan..! Kalaulah musuh apakah langsung tidak bermanfaat untuk kita ambil profit..? Pun tidakkan..!!

Bull dan Bear adalah symbol perdagangan mata wang, keduanya menatang buas yang dalam keExistensian nyata tak semua orang mampu menghandlenya apatah lagi bersahabat. Semasa live trading ibarat kedua-dua menatang ini menyerang kita dari dua penjuru atas dan bawah, jika kita tak chukup knowledgedan education dan experience alamat terobek dan terburailah jiwa raga kita. Akulah yang selalu menjadi mangsanyaa....hukhukhuk.

Bersambung daa.......

Saturday, June 26, 2010

MARKA YANG AYU...

Aku mula-mula berjinak2 dgn forex selepas berkenalan dengan sorang gadis remaja yang aku panggil marka, tiba-tiba jer dia datang dalam hidup aku, hidupku yang kesepian sekarang sudah berteman, tiap hari mengadap dia...merenung mukanya yang pelik bangat, aku belajar mengenal raut muka gadis ini bepurnama-purnama lamanya. Sampai sekarang masih tak teramal lagi tiunan temperamennya. Macam-macam petua metoda aku guna pakai dari lirik matanya kemana arah, lenggang tanganya sampailah lempar dadu pon aku try. Tapi semua gagal.

Dalam dok mengorat cik Marka ni, ada plak aweks yang menggoda namanya Cik Marginah,berkali2 jugaklah dia paksa aku kuar dating ngan dia, rupanya dia ni punya habit yang ganas amat, jenis pisau cukur pdg samurai kaki pukol dan yg sepesyen dgnya lah...walaupun aku berkubu dalam kalimah kalau virus haloba dah bersarang, kesarang jugak baliknya.Aku pun teringat pesanan orang tua2, kalau nak tengok kecantikan seseorang jangan ditilik pada semata2 raut wajah, mulai tengok dari kaki perlahan-lahan naik keatas samapi kewajah, barulahlah kamu boleh bertindak lanjut...

Pahamlah aku..untuk menguasai ilmu forex ni mesti bermula dari bawah, mana2 ilmu pun basic amat penting, biarlah orang-orangan bercakap setinggi langit pun, tanpa sigai tak tercapai ceiling...barulah sekarang bermulanya episod berkenalan dengan marka yg tiba2 datang atau nama penuhnya MarkaYgTiba @ Marketiva :)

Thursday, June 24, 2010

APA ITU FOREX?

APA ITU FOREX?

•Forex ( Foreign Exchange) ialah pertukaran matawang asing
•Ia juga dikenali sebagai spot market
•Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4500 bank dari seluruh dunia
•Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui
internet
•Transaksi harian dalam masa 24 jam melibatkan 1.5 trillion US dollar
•Forex pada mulanya hanya dibuka kepada bank-bank saudagar dan orang
perseorangan yang kaya sahaja
•Ianya hanya dibuka kepada pelabur kecil seperti anda dan saya pada tahun 1995
•Dan sebagai pelabur kecil kita boleh membuka akaun mini serendahUSD300 dan
akaun standard serendah USD1000