Berita Terkini.

Wednesday, July 7, 2010

TEKNIK 3 (BREAKOUT ALA PPH 1)

Minggu ni aku berazam mahu mencari informasi tentang teknik breakout, teknik yang amat sesuai untuk newbie macam aku, memang berbagai cara analisa yang dibuat trader yang tujuanya nak mencari keserasian, jiwa keinginan dan perasaan seseorang tidak sama, ada yang suka ala-ala abstrak memenuhi chart, ada yg simple2 je dan ada yang bogel habis, terpulanglah pada diri sendiri. Macam aku yg newbie ni nak cuba try test seadanya sambil mencari titik permulaan mencipta style analisa aku sendiri. Walaupun masih teraba2 tapi insyaAllah ..Allah bersama orang2 yang bersabar, sabar...sabar..sabarlah dalam mencari maklumat semoga kita diiktiraf sebagai orang yang berilmu.

Dalam meronda-ronda di alam maya, tiba-tiba terserempak dengan satu forum forex melayu di nogold.com, forum yang tersohor jugaklah dialam maya melayu ni, satu system breakout oleh master bro PenagihPipsHijau, teknik dan stylenya agak sama dengan yang diajar Master JGV100 TEKNIK CSR100 - "Trade with the Trend" di carigold.com. Aku tak sempat khatam lagi teknik CRS100 ni pasal banyak sangat, nengokkan begitu ramai follower dia aku yakin ilmu beliau tersangatlah berkat,. Ya...keberkatan ilmu yang kita cari, dia takder kenakan bayaran sebab ilmu itu memang tak ternilai, tak boleh dinilaikan dgn mata wang. Sbb semua ilmu itu milik Allah s.w.t.

Okey...tanpa memanjangkan mukoddimah aku teruskan dengan posting ini dari tajuk "Kelas Percuma Penagih pip Hijau (Breakout) untuk newbie". Aku cuma copy paste jer segala tulisan dia bulat2, kalau nak rujuk sila ke thread asal disini. klik here.

Kelas Percuma Penagih pip Hijau (Breakout) untuk newbie

Salam

Penagih bukak thread ni untuk sesiapa tambah ilmu. Bak kata orang biarlah belajar sampai negeri china. Sekurang-kurangnya takdelah kita terlopong bila orang bercerita pasal forex. Dalam forex ni kadang kita tak perasaan daripada chart kosong sahaja, kita boleh agak ke mana arah market (tetapi bukan betul pun 100%).

Cuma pattern dia sama. Sejarah forex yang bukti kan, bukan saya. Kalau saya yang buktikan, dah kaya dah saya ni. Mungkin ramai yang tengok chart hari-hari tapi berapa ramai yang perasaan rahsia forex menggunakan teknik breakout? Teknik dia simple je. Mari Penagih terangkan. Cuba Kita lihat chart kosong ni. Apa yang kita nampak?

Mungkin ramai yang tertanya, apa yang ada pada chart kosong? yang nampak market turun naik. Lepas tu yang nampak tinggi rendah. Kalau suruh trade pakai chart kosong rasanya esok pun dah kena margin call.

Terjebak dalam float atau menahan kerugian.
Disini penagih tekan kenapa ramai yang terjebak dalam float (Menahan Kerugian). Sebab apa? Sebab trader suka cari reversal (dah cerita kat thread sebelah) dan High/Low. Tak salah kita cari hi dan low tapi jangan seseali cari reversal. Sebab apa? sebab hi dan lo boleh membantu kita untuk menjana profit. Jom kita tengok chart yang ni pulak.


Bagaimana indicator menipu kita..?
Rasanya ramai yang pernah nampak indicator ni. Tapi banyak yang tertipu dengan indicator ni juga termasuk penagih masa mula-mula guna indicator ni. Sebab penagih ingat indicator ni boleh jana profit. Nampak saja hi, terus masuk post sell, begitu juga lo, terus masuk post buy.

Rupa-rupanya indicator ini repaint(false signal). Inicator ni selalu berubah-rubah mengikut pergerakkan candlestick sehingga sampai pada low terendah/ hight tertinggi. Rasanya ramai yang pernah buat macam penagih buat. Last-last salahkan indi jugak sebab asyik loss je. Rupa-rupanya kita masih tak faham lagi tujuan indicator ni.
Apa tujuan sebenarnya indikator ini....??
Tapi berapa ramai yang faham mengenai indicator ini? Apa tujuan indicator ni? untuk reversal ke? Penagih kata jangan cari reversal tapi untuk apa tujuan indicator ni? Sebenarnya penagih hanya buat tanda sebagai hi dan low sahaja.

Anda boleh guna apa sahaja untuk tandakan paras hi dan low.



next page.......

No comments:

Post a Comment