Berita Terkini.

Friday, July 23, 2010

SUMBER NEWS FOREX PEBERET AKU

Bismillah...

Alhamdulillah, walaupun aku lemah bahse inggeris, tapi zeki aku jumpa website bahse Indonesia menyemarakkan lagi perasaan ingin mendalamai faktor news terhadap naik-turunya matawang dunia. Sesiapa yang dapat memahami BI dengan baik ini adalah anugerah dan kelebihan kurniaan Allah yang wajib syukuri, bagi aku pula kelemahan ini bukanlah batu penghalang atau dinding penghadang untuk belajar seperti orang lain. Kalau takleh bi kita cari sumberLoghat Malay.

Betapa ramai orang yang terre bi dan paham economic news tapi tak tahu nak guna, betapa ramai orang yang tak terre bi dan tak paham istilah ekonomi cuba nak guna tapi tak pandai, salah sorangnyer aku leeeer :(.

Okey..aku selalunya tengok berita dari vibiznews.com . Dgn menggunakan bi (bahasa Indonesia) sebagai bahasa pengantar agak mudah untuk aku faham dan membuat kesimpulan untuk aku guna pakai sewaktu menganalisa matawang dunia. Setakat ni, website ini sahaja yang aku suka.

Selain forexfactory yang amat masyur aku juga menjengok lama web fxstreet.com . Dan actionforex.com . Biasanya aku tengok utk buat perbandingan dgn analisa yg aku buat. Terkadang aku jengok mataf. net nak tengok strateginya.

Fundamental analisis ni sangat penting di ketahui lebih-lebih lagi bagi yang suka memprediksi pergerakan market untuk jangka masa panjang, aku yang cuma pandai scalping ala2 budu ni guna FA sebagai penyedap rasa time cicah budu. Budu ni kalau ada tempoyok pahtu peroh limau kerat lete pulok gak, kerenyek lado usfus...perkkh, menyengeet-nyenget time makan, nokwak gapo mugo terpetaq atas lado burung...nyor nyengeet lah booh.

Adeeeh...aku dah tersasau dah, tiba-tiba je masuk dalam tajuk budu pula, sebenarnya kaedah scalping ni semua orang tahu, bila bahan dah cukup dan resepi pun comel loter kita cuma perlu amik sikit-sikit. Betul2 macam budu, kena cicah sikit-sikit baru syoooook..:)

Dah...cukup daah, mkn lama mkin tersasar pulak post hari ni.

No comments:

Post a Comment