Berita Terkini.

Saturday, July 3, 2010

RESEPI DAN MINDA

Sebagai seorang tukang masak yang faktor yang paling penting adalah resipi, lain tukang mungkin berbeda ingredientnya, kalaupun bahannya sama mumkin method dan manhajnya berlainan. Kalau dihalusi mulai cara memotong bawang pun ada skill tersendiri, mcmana nak potong untuk menumis, untuk hiasan pula camana potonganya, bawang puteh pula ada yg ketuk canggitu jee tumis sekali ngan kulit2 dan mcm2 lagi lah.

Ada pula yang siap ngan petua supaya mata tak pedih, masa menumis pula sukatan minyak dan api dapur kena reti seting, kalau tak nanti rentung pahit pula masakan, tak kurang pula amat menitik beratkan soal tool memasak, kalau orang2 tua dulu guna puyok tanah jer, org sekarang ni tak mainlah alat2 kuno tu, koman2 pun guna tefal dari seberang :).

Tak kiralah tukang masak kampung ke bandar ke sampailah chef2 di hotel semuanya nakkan masakan mereka sedap, lazat, delicious. Kenapa sejenis masakan dimasak hasilnya berlainan rasa, ada yang menjelirakan dan sebaliknya. Di sinilah kelebihan dan kekurangannya insan berbanding dgn insan yang lain. Byk faktor yang mempengaruhi satu2 hasil seni, masakan ini boleh kita katakan hasil seni seorang tukang masak.

Seni jika ditakrifkan adalah : Sesuatu konsep atau objek yang mempunyai nilai-nilai keindahan dan kesempurnaan pada bentuk dan isinya. Dan konsep dan objek ini tidak boleh disentuh dan dipandang oleh mata kasar, keindahan dan kesempurnaan itu diketahui setelah seni itu direalisasikan oleh penyeni dialam realiti.

Begitu juga dengan forex, untuk mendalami seni forex ini tidak semudah belajar abc, bukan macam buat air kopi O, knowledge dan education sangat-sangat penting, cukupkah dengan ilmu seseorang itu boleh menggelar dirinya "Aku seorang trader"...? Belom cukop...Skill kena ada dan experience kena cukop, mcm dalam lirik lagu "Pengalaman telah mendewasakan..mematangkan fikiran"...sapo nyanyi erk..? Pengalaman inilah yang menggubal faktor psikologi para trader di seantero pelusuk dunia.

Selain ilmuwan yang berpengalaman faktor talent atau mauhibbah juga tidak kurang pentingnya dalam betrading forex, mauhibbah ini adalah anugerah Ilahi dan setiap person punya mauhibbah yang tidak sama, persis seorang penyair dan pujangga atau penulis sastera. Golongan ini lebih muyul penggunaan otak kanan. Boleh dikatakan seniman-seniman lebih menggunakan otak belah kanan dalam kehidupan dan gerak kerja. Kurang gemar pada benda yang terlalu kompleks dan bestruktur. Tapi punya perancangan yang terencana jauh kerana mereka-mereka ini berbakat dalam meramal dan biasanya lebih matang dalam soal bersosial dan bermasyarakat. Sangat menitik beratkan soal fundamental dan news market.

Bagi person yang dominan penggunaan otak kiri merekalah yang berbakat besar, suka kepada perkara yg bersifat kompleks, sistematik dan kreatif. Biasanya para saintis dan ahli matematik tergolong dalam golongan ini. Dalam skop ilmu forex mereka ini digelar pro chartist. Chart adalah hidangan mereka. Mereka inilah golongan yang amat berbakat dalam forex dari segi teknikalnya.
Namun...harus diketahui, adakah hanya cukup dengan menggunakan otak kiri sahaja kita akan berjaya dalam seni forex..? Tidakkah mauhibbah itu mampu diasah dan dilatih..?

Perlu difahami bahawa FOREX itu adalah seni, seni merupakan tarian golongan kanan, seni forex ini adalah seni teknikal, teknikal adalah langkahan golongan kiri, kiri dan kanan ada pada kita dan setiap orang mampu mengguna dan menyeimbangkan antara kedua2nya. Ibarat kaki kanan dan kiri, mampukah kita berlari jika cuma menggunakan sebelah kaki, bolehkah menendang bola dengan kuat tanpa tunjang kiri atau kanan..? Aku sendiri ni termasuk dalam golongan kanan sbb masa sekolah dulu matematiklah antara subjek paling aku boring..hehehe. Pastu kalau nak tahu kita golongan mana tengok susunan jari-jemari kita...:)

Begitulah halnya bagi yang ingin mencebur diri dalam forex, bisnes ini suatu seni yang amat komplek dengan gabungan kanan dan kiri insyaAllah kita akan berjaya suatu hari nanti.

Pe2hal...di akhirat nanti hanya ashabul yaminlah (golongan kanan) yang paling beruntung, sama2 kita berdoa semoga kita termasuk dalam mereka yang beruntung dunia akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment