Berita Terkini.

Thursday, July 1, 2010

JEJAKI TREND versi MJB 1

Hari ni sambil layan tenet aku jengok forum mencari emas, terjumpa satu trend baru dari Otai Forex Mr.Meet Joe Black, kalau bro terbaca minta izin copy paste lah deh. Okey...aku teruskan op.cp :) Aku titlekan sebagaimana diatas utk mudah rujukan aku gak.

Bagaimana menjejaki trend?

Orang selalu bertanya, bagaimana kah untuk mengenalpasti sesuatu trend, bagaimana trade dengan trend, apakah trend masakini, dan banyak lagi persoalan. Trend hanya dapat dikenalpasti setelah ia berlaku dan menjadi sebentuk trend. Tetapi, persoalannya, apakah trend yang bakal terbentuk 1 jam akan datang, esok, minggu depan, bulan depan dan seterusnya, adakah siapa tahu? Tiada siapa tahu, tommorow is uncertainty.
Biar Rob Booker dengan EMA 62 nya pun tidak tahu apakah trend yang bakal terbentuk, adakah masih trend yang sama, sideway, atau membentuk trend yang baru.

Kita sentuh sedikit tentang support and resistance, pivot lines, trendlines, moving average, stochastic, bollinger band dan banyak lagi Technical Analysis indicator. Tiada satu pun tepat 100%. Kalau indicator tersebut tepat, kita tidak memerlukan Stop Loss. Realitinya, ketepatan sesuatu indicator bukanlah terletak kepada indicator tersebut. Ketepatan indicator yang saya sebut di atas tadi adalah bergantung kepada 1 saja – self fulfilling prophecy. Makin ramai trader yang menggunakan dan menjuruskan mata mereka dan bersetuju sebulat suara kepada retracement atau reversal pada 61.8 Fibo, maka makin tepat lah Fibo itu.

Salah satu sebab kenapa TA indicator kurang berkesan dalam Forex adalah kerana sebenarnya kita trading spread. Ya spread! Bukan spread bid dan ask tetapi jurang dan jarak di antara dua currency. Makin jauh matawang Euro keatas meninggalkan US dollar dibawah, jurangya makin besar, makin mencanak lah pair EUR/USD dan sebaliknya. Andaikata Stoch dan RSI sudah menunjukkan overbought eurusd, sekiranya salah satu currency (sama euro atau usd) buat hal, ia tidak akan menjadi tepat lagi. Adakah konsep overbought dan oversold boleh digunakan dalam forex? Mungkin hanya pada suatu masa tertentu atau ada kaitan dengan self fulfilling. Kita kena ingat, pasaran matawang bukan macam pasaran kereta Proton dimana mungkin 10 tahun akan datang pasaran Proton akan menjadi tepu dimana hampir semua orang sudah ada kereta dan tiada siapa ingin membeli kereta lagi – oversold. Forex tidak tepu, oversold yang anda nampak sekarang, masih boleh di-sell dan sell lagi.

Jadi, jangan tanya saya atau rakan anda, apakah harga akan jatuh atau naik, kerana tiada siapa tahu. Kalau rakan anda cakap dia tahu, maka Ibrahim Ali adalah abang kepada David Beckham.

Ok, cukuplah dengan falsafah di atas. Falsafah tidak baik untuk diaplikasikan dalam trading, kerana orang-orang yang gagal dalam trading kebanyakkan nya beralih profession menjadi ahli falsafah.

Di dalam perbincangan ini, kita bukan nak membincangkan bagaimana trade dengan trend, TETAPI bagaimana menjejaki trend. Ya, menjejaki trend. Buang semua indicator anda, buang Fibo, buang RSI, Trendlines, Stoch, bogelkan chart anda dan buka satu satu indicator saja iaitu Candlestick. Bila kita buka chart dengan candlestick saja, apa yang kita nampak adalah sejumlah candlestick akan membentuk suatu trend. Setiap candlestick adalah satu jejak, jejak ke arah pembentukan suatu trend. Bilangan candlestick yang berturutan akan membentuk suatu trend. Jadi, bagaimana kita menjejaki suatu trend, jawapannya adalah ikut saja jejak candlestick.

Lapangkan fikiran anda dan setkan dalam pemikiran anda, trend terbentuk bukan kerana krisis hutang di Greece, bukan kerana kenaikan GDP dan Trade Balance di Jerman, bukan kerana spekulasi Soros ke atas Yen, tetapi kerana sejumlah candlestick yang bersetuju untuk bergerak ke satu arah – ke bawah atau ke atas. Dengan sejumlah bilangan candlestick yang bersetuju untuk bergerak ke satu arah, maka satu trend telah terbentuk. Kita boleh simpulkan seperti di bawah.
  1. Downtrend – bilangan candlestick bearish mengatasi bilangan candlestick bullish dengan nisbah 2:1
  2. Uptrend – bilangan candlestick bullish mengatasi bilangan candlestick bearish dengan nisbah 2:1
Masih tak faham. Ok lah, senang cerita. Bila market uptrend, jumlah candlestick bullish lebih banyak dari candlestick bearish, bukan?
Bila market downtrend, jumlah candlestick bearish lebih banyak dari candlestick bullish, bukan?

Jadi, sekarang bagaimana kita nak menjejaki trend dan seterusnya mencapai cita-cita anda yang ingin trade dengan trend? Mudah saja. Ikut langkah berikut:

1. Setkan alarm clock anda pada pukul 4.55 pagi. Masih ada 5 minit lagi untuk bersedia
ke pukul 5.
2. Pukul 5 pagi, candlestick akan buka candle daily yang baru.
3. Pukul 5 pagi, pilih antara no 4 atau no 5
4. Kalau candlestick semalam bearish, open sell
5. Kalau candlestick semalam bullish, open buy
6. Ulang langkah 1 hingga 5 setiap hari trading kecuali hujung minggu, melainkan anda
ada akaun di Oanda.

Untuk lebih pemahaman, sila tengok contoh chart erusud dari 14 April – 14 May di bawah. Ikut langkan 1 hingga 5 dan Profit anda kira sendiri. Apa yang anda boleh nampak pada chart tersebut? Market adalah downtrend kerana bilangan bearish candlestik adalah 15 manakala bullish candlestick adalah 7. Nisbah 2 kepada 1. Sekiranya ada buka position berdasarkan candle semalam, maka sah lah anda sedang trade dengan trend.



Disclaimer: Teknik ini dicipta di atas usaha ingin menjawab persoalan bagaimana trade dengan trend. Buat masa sekarang, tiada sistem lengkap yang boleh saya berikan. Tiada Take Profit, Stop Loss, Averaging dan sebagainya. Anda boleh menjadikan teknik ini sebagai satu foundation atau asas kepada trading system yang bakal anda kembangkan atau pelengkap kepada system anda yang sedia ada. Sekiranya anda tidak berminat atau tidak bersetuju dengan teknik ini, anggap lah ia untuk tujuan pembelajaran saja.

Teknik ini untuk dipelajari, dikembangkan dan dikongsi bersama.

Silakan

Default

Timeframe = Daily

Ok. Masih ramai yang tak faham. Saya bagi contoh yang lebih jelas.
Hari ini 1 July. Pada pukul 4 pagi, 59 minit, 59 saat nanti, candlestick daily 1 July akan berakhir. Pukul 5 pagi, 0 minit, 0 saat, candlestick 2 July akan bermula dan trading anda pun bermula. Ok, pada pukul 5 pagi, 0 minit, 0 saat 2 July tadi, anda tengok candlestick 1 July yang telah berakhir tadi. Adakah ia berakhir dengan bullish atau bearish?

Kalau candlestick 1 July bearish, pada pukul 5 pagi, 0 minit, 0 saat 2 July = sell

Kalau candlestick 1 July bullish, pada pukul 5 pagi, 0 minit, 0 saat 2 July = buy

Letak MM yang kuat, dan ulang prosess tersebut setiap hari sampai anda nampak Profit.
Kalau anda masuk position pada masa market trending dengan kuat, dalam 1 minggu anda boleh kaut beribu-ribu pips.
Kalau anda masuk position pada masa market sideways, dalam 1 minggu anda boleh kaut beribu-ribu drawdown. Tetapi, selagi istilah "Trend" masih wujud dalam forex, lama-kelamaan, DD tadi akan menjadi Profit.

Pair yang trending dengan cantik = EURUSD dan USDJPY
Abaikan pair yang ranging seperti commodity pair.

Teknik ini adalah berdasarkan logik.

Masa downtrend, candlestick bearish lebih banyak dari bullish.
Maksudnya, sell lebih banyak dari buy.
Market downtrend dan sell lebih banyak dari buy = Profit

Masa uptrend, candlestick bullish lebih banyak dari bearish.
Maksudnya, buy lebih banyak dari sell.
Market uptrend dan buy lebih banyak dari sell = Profit

Kita trade apa yang kita nampak, apa yang chart bagitau.
Anda buka chart, try sendiri.
__________________
Default

Quote:
Originally Posted by nisuh View Post
TT, adakah bila kita dh OP, let say 02/07 base on 01/07 nye daily chart, kita biarkan jek without TP & SL..?
then the next day buat menda yg sama until kita nye acc profit..?betul ke mcm tu..?tu yg aku paham..
Betul..

Kadang2, 1 hari saja sudah profit, close.
Kalau DD, next day, ulang saja langkah2 sampai profit.

Default

Quote:
Originally Posted by D8Gz View Post
tapi sebelum OP still nak kena tgk nisbah 2:1 jugak kan?
nisbah tu sebenarnya nak tgk trend kan?
Tak ada kira nisbah. Nisbah itu terbentuk bila anda sudah buka position banyak2. Bila CS bearish outperform bilangan CS bullish, vice versa, anda dah profit.

Teknik ini memerlukan trend.
Downtrend atau uptrend, Profit.
Sideway = DD

Tidak sesuai modal kecik.
__________________

Default

Quote:
Originally Posted by kainlangsir View Post
Jika cs bearish..adakah market akan sentiasa bearish pada keesokan harinya...sampailah close cs pada hari tersebut.
Kalau hari ni bearish, esok pun gerenti bearish, maka kita semua dah kaya.

Default

Quote:
Originally Posted by syam82s View Post
teknik yg menarik,TAPI bila part sideway adalah musuh utama teknik nie.sekadar pendapat,teknik nie berpandukan candle bear dan bull untuk buka position.perlu diingat juga bahawa candle bull terjadi bila open lebih rendah berbanding close.bergitu juga bear bila open lebih tinggi dr close.perlu diingat juga bahawa selain open dan close terdapat juga high dan low didalam candlestick.high dan low akan menjadi penghalang kepada teknik ni.cth jika situasi sideway terdapat 3 position buy(dibuka bila 3 candle(daily) bull terbentuk.3hari floting -) blm close lagi(range dlm 40pips)pada keesokannya candlestick semalam membentuk bear(open lebih tinggi dr close)lalu saya membuka open sell tiba2 range hari tersebut 210pips turun mendadak kerana terdapat news yg kuat.pada keesokkannya pula candle semalam msh bear lalu saya membuka sell untuk kali ke2.sebab itulah saya katakan high dan lowlah akan menjadi penghalang kepada teknik ni.hanya sekadar pendapat sahaja.
Pengamatan yang bagus.

Bila kita reverse-kan entry system ni, akan jadi sell high dan buy low - trade untuk market sideways.


cilisosnya

No comments:

Post a Comment