Berita Terkini.

Sunday, July 4, 2010

BERSAHABAT DENGAN TREND 2

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah silih bergantinya siang dan malam dan beredarnya bintang matahari mengikut orbit yang ditentukan tanpa derhaka sedikitpun pada yang Maha Kuasa, lalu muncullah bulan menerangi, dengan cahaya yang seber-seber manusia tidak lagi seaktif disiang hari, betapa berharganya cahaya yang diibarat sebagai petunjuk hidayah bagi insan yang bergelar manusia.

Al-Quran sebagai punca petunjuk jelas menunjukkan kebesaran dan kehebatan yang Maha Agung mencipta dan menggontrol alam semesta.....surah Ya Sin (Ya Sayyidulmursalin)
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.


Dalam keilmuan Forex, istilah trend memang selalu kita dengar, berbagai ungkapan di royak "trend is your friend" ..."Sila follow the trend"..."Don't trade against the trend"..dll lah. Begitulah pentingnya mengenal trend dalam betrading ni.

Aku peribadi waktu ini pun masih tak boleh lagi berdisplin nak ikut nasihat oldbie, maklumlah baru setahun jagung belajar main forex. Blog ni dibina pun sbb nak belajar berdisiplin dan tujuan menghimpunkan sebanyak mungkin ilmu forex.

Sebelum aku menerangkan jenis-jenis trend dalam alam forex, suka aku perjelaskan kenapa trend berlaku dan apa kaitan dan alakohnya dengan kejiwaan kita sebagai seorang muslim yang mukmin.

Berlakunya naik turun currency di pasaran mata wang dipengaruhi oleh sentimen penawaran (supply) dan permintaan (demand). Dua faktor inilah yang menyebabkan mata wang bergerak kerana market terkadang di dominasi oleh bangsa buyer dan terkala oleh seller. Market semakin rancak bila penjual dan pembeli bergerak aktif dan sesuatu mata wang akan terpengaruh naik dan turun berdasarkan pendominasian satu pihak keatas pihak yang lain. Secara imbas langsung inilah teori berlakunya naik turun mata wang yang menghasilnya trend market yang akan aku cuba ulas secara ringkas nanti.

Lalu apa kaitannya dengan kita sebagai seorang muslim...? Dasarnya kita wajib berpegang bahawa yang menggerakkan apa jua hatta mata wang dipasaran itu adalah Allah s.w.t Bukan big dog ke or sapa2 lagi, inilah yang musti diserapkan dalam minda trader muslim.

Dua faktor diatas adalah jawapan kepada persoalan...Apa yang menggerakkan Mata Wang dan penyebabnya..? Adapun persoalan kemana ianya bergerak dan sampai kemana tidak mungkin kita mengetahuinya kerana itu tertakluk dibawah bidang kuasa yang Maha Penggerak.

Mengikut ahli ekonomi, pergerakan market boleh di sebabkan oleh tiga faktor utama.
  1. Faktor Fundamental
  2. FaktorTeknikal
  3. FaktorPsikologi
Berdasarkan faktor-faktor inilah analisa dibuat, Fundamental Analysis adalah analisa yang memberi penumpuan terhadap keadaan ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara yang menyebabkan permintaan matawang mereka.

Fundamental analisis menggunakan petunjuk macroeconomic seperti kadar pertumbuhan ekonomi, faedah, inflasi dan pengangguran sesebuah negara. Peramal akan menyatukan kesemua informasi tersebut untuk meramal permintaan matawang pada masa yang akan datang.

Oleh itu Fundamental Analisis berkehendakkan berita terkini mengenai keadaan ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara terhadap permintaan currency mereka. Ada beberapa faktor yang menentukan pergerakan market melalui FA iaitu:
  1. Aliran Modal (Capital Flows) : Aliran Modal Posotif dan Aliran modal negatif.
  2. Aliran physical: Berupa hartanah, kilang atau pasaran saham.
  3. Aliran Import Eksport : Berdasarkan komoditi barangan dari dalam dan luar.
  4. Kadar Inflasi: Pertumbuhan inflasi menurunkan nilai matawang.
  5. Kadar Pengangguran: aku salah sorang penganggur :) rm dropdown...ehehe
Banyak lagi sebenarnya faktor2 yang digunakan dalam FA untuk meramalkan turun naik nilai sesuatu matawang.

Loorr....dah tersasar jauh la pulok, mengenal trend ni masuk dalam scope Teknikal Analisis, yang FA tu sebagai mukoddimah nak meraikan dia aku letak no 1 dalam 3 faktor besar penyebab market bergerak....

Bersambung dilain episod......


No comments:

Post a Comment